2 Jan 2023

Review Filem Bullet Train (2022)

Assalamualaikum readers


Review Filem Bullet Train (2022) | Alang-alang cuti tahun baru, layan Netflix. Filem ini ditayangkan di pawagam pada tahun lepas. Salah satu benda yang dalam list zaman travel dulu, nak merasa naik bullet train Jepun. Wahh verangan free kan. 


Mungkin ada dua makna di sebalik tajuk BULLET TRAIN, kerana ia terletak di Shinkansen, kereta api laju Jepun digelar bullet train atau kerana terdapat banyak peluru yang dilepaskan dalam kereta api, kan?



Sinopsis :


Mengisahkan Hitman Ladybug (Brad Pitt), seorang pembunuh upahan tetapi sudah "bersara" dari membunuh. Ditugaskan untuk mengambil briefcase berwarna silver dalam sebuah kereta api Shinkansen dari Tokyo ke Kyoto. Ladybug dibantu oleh Maria Beetle (Sandra Bullock) menerusi telefon bimbit.


Maria Beettle


Dalam kereta api itu juga ada pembunuh upahan - Lemon dan Tangerine yang ditugaskan menjaga briefcase silver dan bawa pulang anak lelaki tunggal (Logan Lerman) The White Death (Michael Shannon). 


The White Death merupakan orang Rusia yang menjadi ketua yakuza paling kejam di Tokyo dan tak ada siapa berani kacau. Ladybug berdepan dengan The Wolf yang ingin balas dendam terhadap kematian isterinya. 


The Wolf



Di gerabak lain, Yuichi Kimura berjumpa dengan The Prince yang telah menolak anak lelakinya dari tingkat atas bangunan tinggi. Sepanjang perjalanan kesemua pembunuh upahan ini menggunakan masa yang singkat untuk selesaikan misi masing-masing dan selamatkan diri sebelum sampai ke stesen terakhir di Kyoto. 


Tangerine dan Lemon


Pembunuh upahan ini cuma membunuh sesama mereka dan tak bahayakan nyawa orang awam atau staff kereta api. Siapa yang enjoy tengok Deadpool, macam tu juga akan enjoy layan Bullet Train kerana dari pengarah yang sama. 


🌟🌟🌟🌟/5

7 comments:

  1. dlm my list dah, tapi lum tgk lagi..weekend ni leh la ni. nampak memang mcm best ni

    ReplyDelete
  2. nampak iklan filem ni masa tgk Mat Kilau... ada Brad Pitt confirm laku keras filem ni... tp boleh ke ketua yakuza dr kalangan org luar? bkn ke mesti org jepun jg? ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tgk movie ni baru tahu mcm mana org putih boleh jd yakuza. Satu kesalahan org Jepun buat

      Delete
  3. Wah..tinggi rate Nina bagi. boleh layan ni.

    ReplyDelete
  4. Tak pernah tengok lagi...masih setia dengan K-Drama..hahaha...bleh la tengok nanti ni...masuk wishlist dulu

    ReplyDelete
  5. baru perasan... brad pitt ada tatoo rupanya...

    ReplyDelete
  6. Memang enjoy layan filem ini..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com