9 Dec 2022

Review Filem The Gray Man (2022)

 Assalamualaikum readers


Review Filem The Gray Man (2022) | Baru habis menonton filem ini di Netflix. Filem ini merupakan yang pertama untuk francais filem berdasarkan novel Gray Man oleh Mark Greaney. Dengan bajet mencecah $200 juta, ini merupakan antara filem termahal yang dihasilkan oleh Netflix. Filem ini ditayangkan secara terhad di pawagam pada 15 Julai 2022 dan kemudiannya ditayangkan di Netflix pada 22 Julai 2022.


Review Filem The Gray Man (2022)


SINOPSIS :


Mengisahkan tentang seorang ejen misteri digelar Sierra Six (Ryan Gosling) yang pada awalnya hanya seorang banduan yang dipenjarakan akibat kesalahan membunuh bapanya kerana melindungi adiknya dan direkrut oleh CIA, Donald Fitzroy. Untuk menjadi seorang ejen mereka yang tidak mempunyai apa-apa hubungan (digelar gray man oleh CIA). 



Donald Fitzroy

Trem musnah di Prague


Selepas direkrut oleh CIA, Six menjadi ejen terhebat sebelum hidupnya berubah apabila terlibat dalam misi membunuh penjenayah yang sebenarnya seorang gray man yang berpaling tadah (digelar Four), yang memberikannya satu pendrive mengandungi rahsia pihak atasan CIA bernama Denny Carmichael.


Lloyd yang gila dan Suzanne

Six pernah menjaga anak buah Fitzroy, Claire


Carmichael & Miranda, semua di buang dari CIA


Dalam pelarian, Six dibantu ejen Miranda (Ana de Armas) dan Fitzroy, orang yang merekrutnya ke dalam program Sierra. Dalam masa yang sama, Denny telah menggunakan khidmat seorang pembunuh upahan bernama Lloyd Hansenn (Chris Evans). Berjayakah Six menumpaskan Denny dan Lloyd, dalam masa yang sama menyelamatkan orang-orang sekelilingnya dari menjadi mangsa kekejaman.


🌟🌟🌟🌟/5


Walaupun meluat tengok watak Captain America dengan misai kontot dia tu tapi Chris Evans berjaya bawa watak yang lain. Recommended!

3 comments:

  1. Tingginya rating. OK kena tengok

    ReplyDelete
  2. wahhh banduan pun boleh jadi agent perisik ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia jd banduan sbb nk selamatkan adik dr di dera bapa

      Delete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com