12 Dec 2022

Review Filem Interceptor (2022)

Assalamualaikum readers


Review Filem Interceptor (2022) | Baru habis tengok filem ini di Netflix sebelum tengok The Gray Man. Lama betul tak tengok Elsa Pataky berlakon selepas muncul dalam Fast & Furious. Filem aksi wanita solo dan shooting di Australia. Rupanya si Thor Chris Hemsworth (suami Elsa) jadi produser filem ini. Yelah dorang laki bini kan dah menetap di Aussie. 



Sinopsis :


Kapten JJ Colins (Elsa Pataky) di tugaskan ke pangkalan tentera di tengah laut dan menjadi pengkalan pemintas peluru nuklear terakhir Amerika setelah pangkalan lain dimusnahkan oleh pengganas Rusia. 




Siapa sangka di pangkalan nuklear tersebut terdapat pengkhianat negara yang diketuai Alexander Kessel (Luke Bracey), yang juga bekas tentera Amerika. Beberapa orang Kessel telah bunuh anggota-anggota penting di pangkalan itu. 


SBX-1 ni bukan real dan mustahil kerajaan US nak dedahkan berapa jumlah interceptor yang mereka ada pada umum kan? Tetapi memang ada cuma, kita tak tahu lokasinya.



Collis harus menyelamatkan negaranya berseorangan melawan pembelot negara dan Pentagon hanya dapat monitor dari jauh dan bergantung harap pada Collins, apabila Kessel melancarkan peluru berpandu ke beberapa kota besar Amerika. Pentagon menghantar bantuan NAVY SEAL, namun terlalu lama untuk sampai ke pangkalan. 




🌟🌟/5


Filem ini boleh menjadi menarik kalau ada tambahan pelakon atau scene bagaimana pengganas boleh menyusup masuk ke pangkalan. Tiba-tiba berakhir begitu saja, watak Collins tak begitu menonjol dan scene Alexander yang suram, tak ada aksi-aksi menarik sangat. 


Watak Corporal Rahul yang tak tahu guna senjata dan Beaver yang macam penyangak lagi. Tak masuk akal bila seorang tentera tak tahu guna senjata dan di pangkalan tiada stok-stok ubatan? Korang tengok dan nilai sendiri. 


5 comments:

  1. hahhaha tergelak sy. tp mmg betullah tak logik kalau seorg tentera tak reti guna senjata

    ReplyDelete
  2. Badan dia ketul2 dlm filem ni. Baru tau dia ni wife Chris Hemsworth. Tapi mmg syok la layan movie ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elsa jenis body builder.. walaupun kecil molek dh ada 3 org anak

      Delete
  3. elsa ni kan kecik molek je org nya mcm mn boleh lepas jadi tentera eh? hehehe

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com