16 Jun 2021

Kiehl’s Avocado Nourishing Hydration Mask

 Assalamualaikum Readers


Kiehl’s Avocado Nourishing Hydration Mask | Lamanya tak review produk skincare. Bila dah bersalin slowly hormon back to normal. Badan dah slim boleh belek muka 😬 Tahun lepas dapat mask Avocado. Nak beli rasanya tak kot sebab creamy.


Kiehl’s Avocado Nourishing Hydration Mask - free sample

Nampak tekstur mask yang creamy, susah nak apply di muka


Avocado mask ni antara produk terbaru dari Kiehl’s. Berasaskan avocado dan bau pun sama bila pakai di muka 😅 Walaupun tekstur agak creamy tapi best bila dah bilas, muka bersih, licin dan lembut. 


Ni baru mask hijau, bila anak dah lasak boleh tukar mak ko hijo 

Kulit muka nampak lembut dan flawless *perasan



Review :


  • Berasaskan isi & minyak avocado dan evening primrose oil.

  • Membuatkan kulit tak kering dan sentiasa segar dan nampak lembab. Sangat hydrated.

  • Tak digalakkan untuk kulit yang mempunyai masalah jerawat.

  • Sesuai untuk semua jenis kulit normal, kombinasi dan sensitif.

  • Mengembalikan kelembapan kulit dan melembutkan kulit.

  • Semasa mask mengering di muka, akan rasa suam-suam tapi tak panaskan muka pun.

  • Mask avocado ni bagus tapi disebabkan tekstur yang creamy agak susah nak apply di muka. Leceh nak pakai

  • Ada 2 botol : 25g RM 81.00 & 100g RM 200


14 comments:

  1. tak pernah cuba lagi.. menarik ni utk hydration :)

    ReplyDelete
  2. Akak suka rare earth mask kiehls, sesuai dengan kulit muka akak yang berminyak kat zon T.
    Avocado ni belum try. Tapi kalau creamy memang tak syok, macam tak lekat je kat muka kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujie : sama la rare earth tak pernah tukar. Betul susah nk lekat di muka.

      Delete
  3. Wow, kulit Nina mmg nmpk lembut & lovely. Brand Kiehl's ni boleh tahan, ingredients pun ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zurainny : Ye lepas pakai kulit lembut. 100 tahun lebih dipasaran jenama kiehl’s ni

      Delete
  4. Nak beli jugak tapi harga terlampau kayangan bagi saya hahaha >.<
    Syok pulak tengok kak nina pakai hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atiqah : harga kayangan lps tu tak best 😂

      Delete
  5. Ha.. Baru nak cakap, ada EPO tu kalau ada jerawat pakai memang mengundang la. Hihi

    ReplyDelete
  6. Hahaha.. Mak ko hijo tu xtahannnnn

    ReplyDelete
  7. Memang bestkan kalau dapat rasa kesan penggunaannya. Tu yang kadang-kadang nak lumur balik di muka selepas bilas hihihiiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amie : betul. Berbaloi dengan harga. Kena rajin pakai baru nampak hasilnya hehee

      Delete
  8. Kalau tak best sangat lepas tu harga kayangan memang tak belilah kan Nina..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com