24 Dec 2022

Review Filem Knives Out (2019)

Assalamualaikum readers


Review Filem Knives Out (2019) | Rupanya ada sambungan pada filem ini, yang di tayangkan di Netflix. Nina tengok sekuel kedua. Nak fahamkan jalan cerita kena tengok part pertama ni. Menarik filem ini bila James Bond digabungkan dengan Captain America. Penonton kena kaji siapa sebenarnya yang jadi pembunuh. Dalam filem "Gray Man" pelakon Ana de Armas berlakon dengan Chris Evan.




Sinopsis :


Detektif terkenal, Benoit Blanc (Daniel Craig) dapat satu kes untuk menyiasat kematian penulis novel genre crime thriller terkenal, Harlan Thrombey (Christopher Plummer) yang ditemui mati oleh pembantu rumah, Fran dalam keadaan ngeri di bilik bacaan di tingkat atas.



Detektif Elliott bersama pembantu dia, Trooper Wagner menyoal siasat semua ahli keluarga Harlan kerana mereka semua berpotensi besar menjadi suspek dengan masalah-masalah peribadi yang boleh dijadikan motif untuk membunuh selepas sambutan hari jadi Harlan yang ke 85. 



Siasatan terakhir ialah Marta Cabrera (Ana de Armas) yang merupakan jururawat peribadi merangkap kawan rapat Harlan dan dia tak boleh menipu sebab akan muntah secara automatik. Tak ada yang pelik dan alibi masing-masing kukuh walaupun ada motif untuk membunuh Harlan. Kesimpulannya Harlan bunuh diri selepas Marta balik ke rumah jam 12.30 malam. 





Scene lebih menarik bila peguam Harlan, Alan dan pembantu dia datang untuk bacakan wasiat Harlan yang menyerahkan semua harta pada Marta. Lakonan Chris Evan sebagai cucu Harlan, Hugh Ransom yang playboy dan biadap. Kalau tengok dan fahami betul-betul, dari part pertama dah ada clue siapa yang masuk ke rumah Harlan, kenapa anjing menyalak, dan kenapa di carpet tidak ada bekas tanah selut kecuali batu-batu kecil. 



🌟🌟🌟🌟/5


Filem ini menarik untuk di tonton. Kena lah tengok sendiri movie yang penuh dengan donut hole plot twist! 

5 comments:

  1. ooo ni ceritanya...ada jg ternampak iklan papar muka Daniel Craig tp tak tahu cerita apa. igt kan James Bond baru..

    ReplyDelete
  2. oo..cita ni dah tgk..memang best. adoi la boleh lupa plak tajuk dia
    okies..leh tgk yg part 2 plak...memang best

    ReplyDelete
  3. Cite ni best. Glass onion tak sempat tengok lagi. Suka plot twist tapi cam kesian lak kapten amereka. Hehe

    ReplyDelete
  4. Hugh Ransom yang playboy dan biadap... hahaha tergelak sy

    ReplyDelete
  5. Layan filem ini.. Seronok tengok lakonan mereka..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com